Secara keseluruhan , kita
semua tahu bahawa parameswara merupakan seorang pemerintah yang berwawasan dan
juga bijak dalam mengatur strategi untuk memajukan kerajaannya. oleh itu,
kegigihan dan kebijaksanaan parameswara patut dijadikan iktibar bagi semua teruamanya
bagi remaja remaja di luar sana agar dapat menjana pembangunan insan yang lebih
cemerlang dan terbilang untuk negara. sekian daripada kumpulan kami.
Kesultanan Melayu Melaka
Jumaat, 25 September 2015
Rujukan
Buku:
1. Abdul Rahman Haji Abdullah (1984), Sejarah Dan Pemikiran Islam, Damansara Utama: Penerbitan Pena.
2. Abdullah Ishak (1990), Islam Di Nusantara (Khususnya Di Tanah Melayu), Petaling Jaya: Al-Rahmaniah
3. Kamus Dewan (1996), Edisi Ketiga, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
4. Kassim Thukiman (2002), Malaysia: Perspektif, Sejarah Dan Politik, Skudai: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.
5. Empayar Melaka: Tradisi Agung Melayu (2012, 16 Mac)
Internet:
1. http://bukuria-malaysia.com/bibliografibuku/empayar-melaka-tradisi-agung-melayu-2012-16-mac/
2. http://myjeevenjeeva.blogspot.my/2015/03/pengasasan-kesultanan-melayu-melaka.html
3. http://cikgupomenberjaya.blogspot.my/2015/03/pendahuluan-pengasas-kesultanan-melayu.html
4. Siri Fironika Hj Abd Rahman, Zaman Kkesultanan melayu Melaka. Diperoleh pada 19 feb 2015 daripada http://www.slideshare.net/ctfironika/24-zaman-kesultanan-melayu-melaka
1. Abdul Rahman Haji Abdullah (1984), Sejarah Dan Pemikiran Islam, Damansara Utama: Penerbitan Pena.
2. Abdullah Ishak (1990), Islam Di Nusantara (Khususnya Di Tanah Melayu), Petaling Jaya: Al-Rahmaniah
3. Kamus Dewan (1996), Edisi Ketiga, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
4. Kassim Thukiman (2002), Malaysia: Perspektif, Sejarah Dan Politik, Skudai: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.
5. Empayar Melaka: Tradisi Agung Melayu (2012, 16 Mac)
Internet:
1. http://bukuria-malaysia.com/bibliografibuku/empayar-melaka-tradisi-agung-melayu-2012-16-mac/
2. http://myjeevenjeeva.blogspot.my/2015/03/pengasasan-kesultanan-melayu-melaka.html
3. http://cikgupomenberjaya.blogspot.my/2015/03/pendahuluan-pengasas-kesultanan-melayu.html
4. Siri Fironika Hj Abd Rahman, Zaman Kkesultanan melayu Melaka. Diperoleh pada 19 feb 2015 daripada http://www.slideshare.net/ctfironika/24-zaman-kesultanan-melayu-melaka
Media Cetak
Kerajaan Melayu Melaka “Menjejak Sumber China"
Sejak sekian kalinya sudah begitu ramai
umat Melayu memperkatakan tentang Sejarah Kerajaan Melaka Melaka sebagai sebuah
kerajaan yang di segani di seluruh alam Melayu. Walaupun terdapat begitu banyak
teori,hipotesis dan fakta-fakta yang dihujahkan selama ratusan tahun namun
topik “Melaka” tetap hangat dibincangkan malah berkekalan hingga generasi hari
ini. Mungkin akibat ia ditulis di media cetak dan elektronik menjadikan sejarah
Melaka kekal mekar sebagai sebuah entiti yang berjaya menyatupadukan seluruh
umat Melayu.
Sedar atau tidak sudah banyak
suara-suara yang mahukan sejarah Melayu itu diubah mengikut apa yang
dibentangkan didalam pelbagai makalah sejarah. Antara yang terpenting sekali
ialah apakah persenjataan kerajaan Melaka pada waktu itu selain daripada
lembing,keris dan sumpit, dimanakah kedudukan asal Istana Melaka, rupa bentuk
istana dan masjid Agung Melaka dan apakaah kota Melaka mempunyai tembok kubu.
Catatan yang paling hampir setakat pembacaan
KSM ialah bersumberkan catatan Portugis memandangkan merekalah yang telah
menjarah bumi Melaka pada tahun 1511. Namun kami yakin terdapat lagi
sumber-sumber lain selain daripada Portugis dan antara yang menjadi perhatian
kami ialah rekod-rekod kerajaan Ming (Ming Shi Lu)yang
merupakan antara kerajaan luar yang paling awal mencatatkan tentang Sejarah
kerajaan Melaka. Pada tahun –tahun berikutnya (didalam tempoh 100 tahun)
terdapat pelbagai perhubungan diantara kedua-dua negara. Antara yang direkodkan
ialah duta Ming ke Melaka, perkahwinan Puteri Hang Li Po, kedatangan Laksamana
Cheng Ho dan yang terakhir sekali ialah bantuan tongkang-tongkang Cina kepada
Portugis semasa Melaka diserang. Jika merujuk kepada segala aktiviti ini
maka secara teorinya kerajaan Ming lah yang mempunyai rekod yang terpeinci
seperti mana yang mereka catatkan apabila ke negara-negara lain. Namun sehingga
ke hari ini belum ada lagi sumber-sumber rasmi yang menyatakan keadaan
sedemikian dan sekiranya ada sekalipun hanyalah potongan-potongan ayat didalam
bahasa Mandarin yang perlu diterjemah kedalam bahasa Melayu/Inggeris.
Tujuan utama Cheng Ho datang ke Selat
Melaka ialah menghapuskan pedagang (orang tengah) dan lanun yang menguasai
Selat Melaka. Sebenarnya terdapat beberapa penulisan yang menyatakan bahawa
gerakan penghapusan orang tengah ini telah bermula dari dinasti Chou lagi dan
para pedagang ini sentiasa dicurigai oleh para Maharaja kerana mereka sering
kali terlibat didalam pemberontakan menggulikan sesebuah dinasti.
Untuk mengambilalih dan menguasai perdagangan
antarabangsa, Cheng Ho perlu menghapuskan sendiket perdagangan Cina yang
menguasai Selat Melaka dimana kebanyakkan kapal akan melaluinya. Pada
waktu ini Palembang merupakan kawasan penempatan utama bagi Cina selatan
dimana mereka ini diketuai oleh seorang
pedangang kaya bernama Chen Tsu-i. Namun sebelum
itu terdapat seorang lagi pedangang Cina yang menguasai Palembang iaitu
Liang Daoming. Menurut
kajian Prof Kong Yuanzhi setelah Majapahit menyerang Palembang Liang Daoming
mengambil peluang untuk menguasai tempat tersebut dan manjadikan Palembang
sebagai penempatan bagi imigran Cina yang singgah berdangang ataupun terus
menetap disitu. Pada tahun 1405 Kota Palembang dan Jambi jatuh ketangan
lanun-lanun ini. Setelah itu pelabuhan Palembang menjadi mundur dan tidak
berdaya saing lagi. Didalam catatan lain pula menyebut kerajaan Ming
menganggap Melaka sebagai pewaris kerajaan Palembang (Sriwijaya).
Selain daripada itu Maharaja Yung Lo telah
mengarahkan penubuhan jabatan bahasa asing untuk memudahkan hubungan di antara
tetamu asing atau para perwakilan berinteraksi dengan negeri China. Mereka
melatih kaki tangan kerajaan untuk menguasai bahasa Melaka supaya dapat
menjalankan kerja-kerja istana melalui terjemahan, dengan tidak
menimbulkan kekeliruan. Jabatan Bahasa Melaka merupakan salah satu jabatan
di antara 8 jabatan bahasa asing.
Apa yang dikongsikan disini ialah sebahagian
dari jumpaan kami dan berdasarkan kepada sebahagian maklumat diatas ternyatalah
dan sudah pastilah terdapat banyak lagi rekod-rekod yang menyatakan keadaan dan
rupa bentuk bumi Melaka sepanjang tempoh 100 tahun itu. Harapan kami
semoga minat dan keinginan untuk melakukan kajian-kajian tentang Kerajaan
Melaka ini tidak berhenti dan akan berterusan hingga generasi-generasi
mendatang. teruslah mara demi generasi masa hadapan. Bangunlah dan
binalah semuala tamadun bangsa Melayu Kita sudah berada jauh dari zaman
kegemilangan Melaka, apa yang tinggal pada kita hari ini umpama sebuah kisah
silam yang dipentaskan dengan penuh indah tanpa kita berasa untuk menangisi
sedikitpun apa yang berlaku diwaktu itu. Kita dididik dan dengan kisah-kisah
perjuangan mereka, kisah-kisah tauladan dari mereka namun dalam tidak sedar
kita amat-amatlah jauh dari semua kesempurnaan itu. Hakikatnya kita tetap
merasakan bahawa kaum Melayu ini terlalu lemah dan sentiasa diperbudakan oleh
Barat. Apakah kita tidak sedar bahawa kita sendiri takut kepada Barat?!. Bukan
mudah untuk mengubah sejarah namun langkah telah dimulakan. Maka jangan
berhenti dan teruskan melangkah!
Kaedah Kajian
Kajian Perpustakaaan:
senarai bahan-bahan mengenai buku & perpustakaan di Malaysia
Publication: BH
Date of publication: Mar 16, 2012
Section heading: Sentral
Page number: 011
Byline / Author: Oleh Hafizah Iszahanid
Date of publication: Mar 16, 2012
Section heading: Sentral
Page number: 011
Byline / Author: Oleh Hafizah Iszahanid
KEWUJUDAN Melaka sebagai entiti politik dan kerajaan membawa makna sejarah yang besar dalam sejarah pembentukan Malaysia sehingga sekiranya mengkaji susur-galur pembentukan negara ini, ia wajib bermula dengan penubuhan Empayar Kesultanan Melayu Melaka.
Menyingkap sejarah Melaka yang diasaskan oleh Parameswara, bangsawan Srivijaya dari Palembang sekitar 1400 hingga 1403, kerajaan itu bangun bukan hanya sebagai negara di persisiran pantai, sebaliknya tampil sebagai empayar gagah berdiri hampir 111 tahun lamanya dengan kedudukan yang strategik di sepanjang laluan perdagangan Selat Melaka.
Melaka ketika itu adalah pusat pertemuan pelbagai jenis budaya, agama dan perniagaan sehingga tidak hairanlah kebudayaan berkembang dan tamadun manusia menjadi subur, selain turut menjadi pusat perkembangan agama Islam dengan masyarakatnya yang kosmopolitan.
Rentetan kegagahan empayar itulah, memunculkan sekian banyak kisah kegagahan dan kehebatan pahlawan dan srikandi Melayu selain kebijaksanaan pemerintah Melayu zaman dulu.
Kekayaan dan keutuhan ekonomi menjadi faktor kekuatan dan hegemoni politik kerana daripada aktiviti perdagangan, muncul pula hubungan diplomatik dengan negara luar seperti China, manakala hubungan Melaka- Jawa turut tidak terlepas dibina atas sebab ekonomi.
Ini kerana Melaka ketika itu mengimport beras dari Jawa, manakala pulau itu pula mengeksport bahan mentah dari Gugusan Kepulauan Melayu ke Melaka.
Kehebatan dan kemajuan Melaka akhirnya menarik minat kuasa barat yang akhirnya menyaksikan tumbangnya empayar Melayu yang berusia ratusan tahun.
Namun, sejarah Melaka hanya tinggal di buku sejarah dan dikaji oleh pelajar sekolah sehingga kini belum ada sebuah buku ilmiah tentang Kesultanan Melayu Melaka dan tidak hairanlah tulisan RJ Wilkinson dalam Jurnal Royal Asiatic society dan Malayan Branch masih kerap digunakan sebagai bahan rujukan.
Apabila Perbadanan Muzium Melaka dan kerajaan negeri berusaha menerbitkan buku Empayar Melaka: Tradisi Agung Melayu, ia amat dialualukan kerana buku edisi mewah setebal 358 halaman itu menghimpunkan tulisan dan kajian barisan ahli akademik terkemuka di Malaysia seperti Prof Emeritus Tan Sri Khoo Kay Khim, Prof Abdullah Zakaria Ghazali dan Prof Datuk Dr Zainal Kling.
Buku ini terbahagi kepada 11 bab merangkumi isu politik dan pentadbiran sehinggalah kewujudannya sebagai pusat kecemerlangan budaya Melayu Nusantara.
Setiap bab menggabungkan pelbagai aspek dan kemajuan yang dicapai dalam tempoh kewujudannya sebagai empayar yang tidak hanya berdasarkan sudut politik, bahkan turut menyentuh budaya, bahasa, agama dan etnografi.
Tidak hanya padat dengan kajian akademik, buku ini juga disertakan dengan gambar dan grafik berkaitan menjadikan ia sebagai sebuah rujukan tentang Melaka yang agak lengkap.
Justeru, Melaka adalah Empayar Kesultanan Melayu, tokoh-tokoh Melaka seperti Hang Tuah dan Tun Perak dijulang sebagai ikon kehebatan pahlawan Melayu.
Lalu tidak hairan melihat, nama Hang Tuah turut diabadikan di institusi pengajian tinggi di negara jiran, manakala Melaka kini masih gah berdiri sebagai negeri dalam Malaysia.
Kehebatannya sebagai empayar masih dikenang dengan faktor kejayaan dan kejatuhan Melaka sudah dikaji dan diketahui umum, terpulang kepada generasi pemimpin hari ini untuk mengambil iktibar.
Empayar Melaka: Tradisi Agung Melayu adalah bahan rujukan yang baik bagi mereka yang mahu melihat Melaka bukan hanya sebagai negara perdagangan, bahkan pusat kebudayaan dan ketamadunan bernama Melayu.
11 sarjana, sejarawan
SERAMAI 11 sarjana dan sejarawan menyumbang dalam buku ini yang diselenggara oleh Prof Emeritus Dr Mohd Yusoff Hashim yang kini menjawat Naib Canselor Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM), sekali gus banyak menulis dan membuat kajian terutama tentang sejarah Kesultanan Melayu Melaka.
Tan Sri Prof Emeritus Dr Khoo Kay Kim ikut menulis dalam buku ini, iaitu tokoh sejarawan yang terkemuka dan dihormati. Beliau dianggap pakar rujuk sejarah Malaysia dan penulis buku akademik, esei dan monograf sejarah yang sangat prolifik.
Prof Datuk Dr Zainal Kling dilahirkan di Melaka, pada 27 November 1944, iaitu zaman penamat pendudukan Jepun di Tanah Melayu dan kini sebagai Ketua Kluster Sejarah, Warisan dan Sosiobudaya Majlis Profesor Negara (MPN).
Prof Dr Abdullah Zakaria Ghazali pula adalah Ketua Jabatan Penyelidik Jabatan Sejarah Universiti Malaya (UM), Fakulti Seni dan Sains Sosial Universiti Malaya (UM).
Penyumbang lain ialah Datuk Dr Mohd Jamil Mukmin, Dr Arba’iyah Mohd Nor, Dr Khasnor Djohan, Dr Mohd Supian Sabtu, Fazurah Mustafa, Baharam Azit dan Mardiana Nordin.
INFO
Empayar Melaka: Tradisi Agung Melayu
Editor: Prof Emeritus Dr Mohd Yusoff Hashim
Penulis: Gabungan 11 penulis
Penerbit: Perbadanan Muzium Negeri Melaka
Halaman: 358
Bintang: *****
Kajian Elektronik:
PENGASAS MELAKA
Melaka diasaskan pada tahun 1400 oleh Parameswara yang merupakan seorang putera raja berasal dari Palembang, Sumatera. Ketika itu, Palembang berada di bawah naungan kerajaan Majapahit. Parameswara telah cuba untuk membebaskan Palembang daripada Majapahit tetapi gagal. Setelah gagal, Parameswara telah melarikan diri ke Temasik.,iaitu nama lama Singapura bersama kaum keluarga dan pengikutnya.
Pada waktu itu, Singapura di perintah oleh seorang Gabenor Melayu dari Patani yang dilantik oleh Raja Siam. Gabenor tersebut telah memberikan layanan yang baik kepada Parameswara tetapi Parameswara telah membunuh Gabenor itu beberapa hari kemudian dan mengisytiharkan dirinya sebagai Pemerintah Temasik dan pulau-pulau di sekelilingnya. Akibatnya, Siam telah mengatur rancangan untuk menyerang Temasik. Parameswara telah bertindak melarikan diri ke Muar kerana merasakan dirinya tidak selamat.
Dari Muar, Parameswara telah meneruskan perjalanannya ke utara melaui Sening Ujung dan Bertam. Akhirnya Parameswara telah sampai di sebuah perkampungan nelayan di Kuala Sungai Bertam dan mendirikan sebuah kerajaan yang diberi nama Melaka.
MELAKA MENDAPAT NAMA
Menurut cerita sewaktu Parameswara sedang memburu, tiba-tiba seekor pelanduk putih dengan gagahnya menendang anjing baginda hingga jatuh ke laut. Baginda terpegun dengan peristiwa ganjil itu lantas berpendapat bahawa tempat itu sangat sesuai untuk dijadikan tapak negeri. Mengikut kepercayaan orang Melayu pada zaman itu, kejadian ganjil seumpama itu melambangkan permulaan suatu pekerjaan yang akan menghasilkan kejayaan.
Baginda memerintahkan supaya sebuah negeri dibuka dan negeri itu dinamakan Melaka, mengambil sempena nama pokok tempat baginda sedang berteduh ketika berlakunya peristiwa ganjil itu.
PENTADBIRAN MELAKA
Melaka ditadbir secara sistematik berdasarkan Sistem Pembesar Empat Lipatan. Ini adalah untuk memastikan kelancaran pentadbiran di Melaka. Sultan menjadi ketua kerajaan dan dibantu oleh Pembesar Empat Lipatan yang terdiri daripada Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggung dan Laksamana. Pembesar Empat Lipatan ini pula dibantu oleh Pembesar Berlapan, Pembesar Berenam Belas dan Pembesar Bertiga Puluh Dua.
KEISTIMEWAAN MELAKA
Parameswara telah mengambil keputusan untuk mendirikan sebuah kerajaan yang diberi nama Melaka. Ini kerana Parameswara mendapati Melaka mempunyai banyak keistimewaan. Antaranya ialah;
1. Muara sungai Melaka yang dalam dan kedudukannya yang terlindung daripada tiupan angin monsun amat sesuai untuk dijadikan pelabuhan dan persinggahan kapal.
2. Terdapat bukit yang boleh menjadi petunjuk pelayaran. Bukit itu juga boleh digunakan untuk mengawal kapal yang keluar dan masuk ke Melaka.
3. Terdapat banyak pokok bakau di pantai dan muara sungai yang boleh dijadikan kayu api dan dibuat tiang rumah. Pokok api-api pula dijadikan sebagai benteng pertahanan.
PERKEMBANGAN MELAKA
Raja Iskandar Shah (Parameswara) mangkat pada tahun 1414 dan diwarisi oleh anaknya,Sultan Megat Iskandar Shah 1414-1424, Baginda kemudian digantikan dengan putera baginda, Sri Maharaja, yang kemudiannya mengambil gelaran "Sultan Muhammad Shah, Melaka" (1424-1444). Pada kemangkatannya dalam tahun 1444, beliau diganti oleh putera bongsunya dari isteri kedua baginda Puteri Rokan, Raja Ibrahim. Disebabkan pemerintah sebenarnya adalah oleh sepupu Puteri Rokan, orang-orang besar Melaka tidak setuju dan telah membunuh Raja Ibrahim dan dimakamkan dengan gelaran "Sultan Abu Syahid".
Kekanda Raja Ibrahim, Raja Kassim anak isteri pertama Tun Wati, menaiki takhta pada tahun 1445 dan memakai gelaran "Sultan Muzaffar Syah" (1445-1456) menaiki takhta dan mengisytiharkan Islam sebagai agama rasmi negeri. Pendakwah-pendakwah Islam dihantar oleh Sultan ke seluruh Kepulauan Melayu seperti Jawa, Borneo dan Filipina. Sebahagian besar penduduk Asia Tenggara pada ketika itu beragama Hindu.
Semasa pemerintahannya, pihak Siam membuat dua serangan ke atas Melaka. Serangan pertama diketuai oleh Awi Chakra melalui darat pada tahun 1445, tetapi telah ditewaskan oleh Tun Perak dan Tun Hamzah (Tok Bongkok) tidak jauh dari Muar. Pada tahun 1456, Siam melancarkan serangan kedua pada 1456 yang diketuai oleh Awi Dichu melalui laut, dan sekali lagi Tun Perak telah berjaya menewaskan mereka dan kali ini, dengan mudah. Selepas dua kekalahan di darat dan laut ini, Siam tidak lagi mencuba untuk menyerang Empayar Melayu Melaka. Tun Perak telah dijadikan Bendahara dengan gelaran "Bendahara Paduka Raja". Beliau berkhidmat di bawah empat Sultan dan merupakan tulang belakang kepada perkembangan Melaka ke mercu kekuasaannya di Kepulauan Melayu.
Sultan Melaka
|
Tempoh memerintah
|
1400 – 1414
|
|
1414 – 1424
|
|
1424 – 1444
|
|
1444 – 1446
|
|
1446 – 1456
|
|
1456 – 1477
|
|
1477 – 1488
|
|
1488 – 1511
|
ISLAM DI MELAKA
Islam telah mula bertapak di Melaka seawal abad ke-15. Megat Iskandar Shah yang juga merupakan putera kepada Parameswara merupakan Sultan Melaka yang pertama memeluk agama Islam. Sejak itu Melaka mula berkembang menjadi pusat penyebaran agama Islam. Pada zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Shah (1446-1456) Islam telah dijadikan sebagai agama rasmi. Baginda juga turut memperkenalkan undang-undang Islam yang dikenali sebagai Hukum Kanun Melaka. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan agama Islam dapat berkembang di Melaka. Antaranya adalah ;
- Peranan Pedagang dari Sumatera - Pulau Sumatera telah menerima Islam seawal abad ke-13. Pedagang-pedagang dari Sumatera telah berdagang di Melaka sambil menyebarkan agama Islam.
- Peranan Pedagang dari Arab dan India - Di samping berdagang di Melaka, mereka turut menyebarkan agama Islam. Menurut Hikayat Raja-Raja Pasai dan Bustanus Salatin, Islam disebarkan di Melaka oleh pendakwah Arab yang bernama Syeikh Abdul Aziz dari Makkah yang mengislamkan Raja Sri Maharaja, pembesar dan rakyat Melaka. Ada juga yang telah berkahwin dengan penduduk tempatan dan ini menyebabkan Islam berkembang subur di Melaka.
- Peranan Sultan - Apabila sultan memeluk agama Islam rakyat turut mengikut jejak langkah dengan memeluk agama Islam.
- Peranan Ulama - Pedagang-pedagang Islam yang berdagang di Melaka turut membawa ulama bersama mereka. Ulama-ulama ini telah menjadi guru agama di Melaka dan mengajar di surau dan madrasah.
- Sifat agama Islam iaitu toleransi, adil, dan rasional serta meliputi semua aspek kehidupan telah menarik minat golongan istana dan rakyat untuk mneganut agama Islam.
MELAKA SEBAGAI PUSAT PENYEBARAN AGAMA ISLAM
- Melaka menjadi pusat penyebaran dan pengajian Islam serta tempat pertemuan ulama dan pendakwah.
- Sultan menyambut baik kedatangan Islam dan sanggup menghantar pembesar ke Pasai untuk bertanyakan hal-hal agama.
- Masjid, madrasah dan surau diwujudkan untuk mempelajari agama dan membaca al-Quran.
- Melaka menjadi pusat pengajian ilmu tasawuf. Ahli tasawauf yang terkenal ialah abdul Karim Al-Jali yang mengarang kitab Insan Al-Kamil.
- Istana Melaka menjadi tempat menterjemah, menyadur, dan menyimpan kitab agama Islam.
- Antara kitab yang diterjemah ialah Hikayat Amir Hamzah dan Hikayat Muhammad Ali Hanafiah.
- Sultan Melaka menerapkan nilai Islam seperti musyawarrah iaitu berbincang bersama pembesar dalam urusan pentadbiran.
KEJAYAAN MELAKA
Selepas Melaka muncul sebagai sebuah pusat perdagangan baru menggantikan Srivijaya pada Abad ke-15, Melaka telah berjaya mencapai kejayaan yang lebih besar kesan daripada faktor perdagangan yang semakin berkembang pesat. Melaka telah muncul sebagai kuasa besar di Kepulauan Tanah Melayu yang setaraf dengan kuasa besar lain seperti Siam dan Srivijaya. Melaka yang pada mulanya merupakan sebuah kerajaan kecil telah berkembang dan mengambil alih peranan pusat perdagangan yang dulunya dipegang oleh Srivijaya. Kejayaan menarik tumpuan perdagangan dari Srivijaya ini telah mengangkat martabat Melaka ke tahap yang lebih tinggi kerana pada zaman dahulu hanya kuasa-kuasa besar sahaja yang mampu untuk mengendalikan pusat perdagangan yang cekap dan berupaya menyediakan kemudahan infrastruktur yang moden.
Keupayaan Melaka telah menyebabkan sebilangan negeri yang dulunya berada di bawah kekuasaan kuasa Siam dan Jawa telah meminta naungan dan perlindungan daripada kekuasaan Melaka. Contoh negeri tersebut ialah seperti Bernam, Klang, Selangor, Sungai Ujung, Kedah, dan Patani yang secara sukarela datang mendapatkan nobat daripada Melaka. Manakala Pasai pula sebagai ‘abang tua’ dalam perdagangan dan agama, sentiasa ‘berkirim salam’ dengan Melaka. Bukti kemunculan Melaka sebagai satu kuasa besar yang baru ialah Melaka telah dua kali berjaya menangkis serangan Siam dan akhirnya berjaya menguasai Kelantan, menjelang kurun ke-16 Melaka telah memutuskan hubungan hormat dengan Siam. Hal ini menunjukkan Melaka bukan sahaja berjaya mencontohi kejayaan Srivijaya dalam perdagangan tetapi juga dari segi perluasan wilayah.
Kejayaan Melaka memainkan peranannya sebagai sebuah enterport baru dapat dilihat dalam tiga bentuk iaitu bertindak sebagai penerima atau pembeli barang-barangan, menjadi pengantara menemukan pedagang Timur dan Barat termasuk Nusantara, dan juga bertindak sebagai penyebar barang-barangan yang dibawa ke Melaka ke tempat lain. Walaupun Melaka merupakan warisan Srivijaya, namun pencapaian Melaka adalah berbeza daripada Srivijaya kerana Melaka merupakan tempat yang menjadi asas kepada pegangan yang menjadi nadi menggerakan seluruh kegiatan pemerintahan dan rakyatnya sehingga kini.
KEGEMILANGAN MELAKA
Pada tahun 1459, Sultan Mansur Shah (1459 - 1477) menaiki takhta. Disebabkan kedudukannya yang strategik, Melaka menjadi sebuah pangkalan luar yang penting bagi kapal-kapal. Bagi mengeratkan hubungan diplomatik dengan Melaka, Maharaja China telah menganugerahkan anaknya Puteri Hang Li Po dengan tujuan untuk dikahwinkan dengan Sultan Mansur Shah. Untuk menyambut Hang Li Po, Sultan Mansur Shah juga menghantarTun Perpatih Putih dengan segolongan pengiring ke negeri China untuk mengiringnya. Hang Li Po tiba di Melaka pada tahun 1458 bersama-sama 500 orang pengiring.
Salah satu kesan kebudayaan yang berpunca daripada peristiwa ini ialah wujudnya kelompok kaum Peranakan, iaitu hasil daripada perkahwinan campur di antara pendatang Cina dengan penduduk tempatan. Kaum Peranakan ini juga dikenali sebagai orang Baba dan Nyonya pada hari ini.
Semasa pemerintahan Sultan Mansur Shah, empayar Melaka mencapai kemuncak kuasanya dan terdiri daripada Semenanjung Malaysia, Singapura, dan sebahagian besar Sumatera. Pesaing utama Melaka ialah Siam di utara dan Majapahit di selatan. Majapahit kemudiannya tumbang setelah banyak kawasan jajahan telah dikuasai oleh Melaka pada kurun ke-15. Siam pula telah menyerang Melaka sebanyak tiga kali tetapi kesemua cubaan serangan tersebut telah gagal.
KEJATUHAN MELAKA
Pada tahun 1488, Sultan Mahmud Shah mewarisi Melaka yang telah mencapai kemuncak kuasa dan merupakan pusat dagangan yang unggul di Asia Tenggara. Bendahara Tun Perak, pencipta keunggulan Melaka, telah tua. Begitu juga dengan Laksamana Hang Tuah. Pemerintahan Sultan Mahmud Shah juga mengalami rancangan jahat dan pilih kasih. Beliau bukan seorang raja yang cekap, akan tetapi beliau juga seorang mangsa keadaan. Ayahandanya Sultan Alauddin Riayat Shah mangkat pada usia yang masih muda. Oleh itu baginda menaiki takhta ketika masih kanak-kanak. Portugal pada awal abad ke-16 sedang mengasaskan sebuah empayar luar negeri.
Pada tahun 1509, Diego Lopez de Sequiera dengan 18 buah kapal dari Angkatan diRaja Portugal tiba di Melaka. Mereka merupakan orang Eropah pertama yang tiba di Asia Tenggara dan digelar "Benggali Putih" oleh orang tempatan. Oleh kerana orang-orang Portugis membuat kacau di Melaka seperti mengusik gadis-gadis dan mencuri, disamping perselisihan faham, Sultan Mahmud Shah kemudiannya mengarahkan supaya orang-orang Portugis dihalau dari Melaka. Angkatan Portugis diserang dan 20 anak kapalnya ditahan.
Pada 10 Ogos 1511, sebuah armada laut Portugis yang besar dari India diketuai oleh Alfonso de Albuquerque kembali ke Melaka. Albuquerque membuat beberapa permintaan membina markas Portugis di Melaka tetapi permintaannya ditolak oleh Sultan Mahmud Shah. Selepas 10 hari mengepung, pihak Portugis berjaya menawan Kota Melaka pada 24 Ogos. Sultan Mahmud Shah terpaksa melarikan diri kePahang di pantai timur di mana beliau gagal dalam percubaannya mendapat pertolongan daripada negara China.
Kemudiannya, Sultan Mahmud Shah berpindah ke selatan dan mengasaskan Kesultanan Johor sebagai pusat dagangan saingan kepada Melaka. Dengan ibu kotanya di pulau Bentan yang terletaknya berdekatan dengan Temasik (Singapura), beliau terus menerima ufti dan kesetiaan dari kawasan-kawasan sekeliling yang diberinya sewaktu beliau masih menjadi Sultan Melaka. Sultan Mahmud Shah menjadi ketua gabungan Melayu dan berkali-kali menyerang Melaka. Pada tahun 1525, Laksamana Hang Nadim berjaya mengepung Kota A Famosa sehingga pihak Portugis terpaksa membuat catuan makanan dari Goa.
Pada 1526, pihak Portugis membalas dengan seangkatan kapal yang besar di bawah Pedro Mascarenhaas dan memusnahkan ibu kota Bentan. Sultan Mahmud Shah melarikannya ke Kampar, Sumatera tetapi anakandanya, Tengku Alauddin Shah tinggal dan mengembangkan Johor sebagai sebuah empayar yang berkuasa dan yang mencapai keunggulannya pada abad ke-18 dan ke-19. Lagi seorang anakanda Sultan Mahmud Shah, Tengku Muzaffar Shah, dijemput oleh orang-orang utara untuk menjadi sultan mereka dan beliau mengasaskan Kesultanan Perak.
Sultan Mahmud Shah mangkat dua tahun kemudian di Kampar pada tahun 1526.
Khamis, 17 September 2015
Objektif dan Persoalan Kajian
OBJEKTIF KAJIAN:
Melalui kajian ini, kami dapat:
1) Menjelaskan sejarah kesultanan
Melayu Melaka
2) Menghuraikan sejauh mana
pengaruh kesultanan Melayu Melaka terhadap negeri Perak dan Pahang
3) Menganalisis perbezaan peranan
kesultanan Melayu Melaka dalam mempengaruhi negeri Perak dan Pahang
PERSOALAN KAJIAN:
1)
BILAKAH TAHUN SEBENAR BERLAKUNYA KESULTANAN MELAYU MELAKA DI TANAH MELAYU?
2) SIAPAKAH PIHAK YANG TERLIBAT DALAM
PENGASASAN KESULTANAN MELAYU MELAKA?
3) BAGAIMANAKAH PENGARUH KESULTANAN MELAYU MELAKA
DI NEGERI PERAK DAN PAHANG ?
Latar Belakang
Kesultanan
Melayu Melaka merupakan sebuah kesultanan Melayu yang tertua dalam sejarah
Malaysia. Beberapa buah kerajaan lain di Tanah Melayu telah wujud zaman
pra-Islam lagi seperti kerajaan Kedah Tua dan kerajaan Perak. Namun, kajian terhadap
kerajaan-kerajaan ini tidak begitu mendalam berbanding dengan Melaka kerana
kekurangan rekod dan bukti.Selain Tanah Melayu, kepulauan Asia Tenggara juga
telah melihat kemunculan beberapa buah kerajaan agung lain sebelum Melaka
seperti kerajaan Funan, Srivijaya dan Majapahit. Kesultanan Melayu Melaka
merupakan warisan kerajaan Srivijaya yang berpusat di Palembang, Sumatera
Tenggara. Srivijaya merupakan sebuah kerajaan maritim dan menjalankankan
perdagangan dengan India, Asia Barat dan China serta kawasan-kawasan pedalaman
negerinya sendiri. Dari segi agama, kerajaan ini merupakan pusat penyebaran
agama Hindu-Buddha serta pengajian bahasa Sanskrit. Bahasa Melayu yang dikenali
sebagai ‘Bahasa Melayu Kuno’ juga berkembang dan dipraktikkan dengan meluas pada
zaman ini. Perkembangan politik Melaka telah
bermula apabila membuka penempatan di Melaka, Parameswara mula
menyediakan kelengkapan perahu dan pelabuhan yang membolehkan Melaka muncul
sebagai sebuah pusat perdagangan antarabangsa. Namun, Negara China merupakan
kuasa perdagangan yang kuat.Melaka bernasib baik kerana pada tahun 1403,
seorang duta telah tiba dari Negara China, iaitu Yin Ching yang membawa hadiah
untuk Parameswara. Situasi ini membuktikan pengiktirafan negara China terhadap
Melaka. Maharaja Yung Lo, iaitu maharaja negara China pada Dinasti Ming telah
mengetahui tentang kedudukan Melaka daripada utusan dan saudagar-saudagar yang
datang dari Timur Tengah seperti Arab dan Parsi. Pada tahun 1405, utusan dari
Melaka mengiringi Yin Ching kembali ke negara China, Kedaulatan Melaka
diiktiraf secara rasmi dan pemerintahnya (Parameswara) ditabalkan sebagai raja.
Seterusnya, pada tahun 1409, Laksamana Cheng Ho dari negara China telah
menghadiahkan alat-alat kebesaran diraja kepada Parameswara.Pengiktirafan tersebut
telah memberikan peluang kepada Melaka untuk mengukuhkan kedaulatannya. Selain
pengiktirafan, Melaka juga mendapat perlindungan keselamatan melalui hubungan
dengan China. Oleh itu, Melaka terselamat daripada serangan Siam dan Majapahit.
Langgan:
Catatan (Atom)