Kerajaan Melayu Melaka “Menjejak Sumber China"
Sejak sekian kalinya sudah begitu ramai
umat Melayu memperkatakan tentang Sejarah Kerajaan Melaka Melaka sebagai sebuah
kerajaan yang di segani di seluruh alam Melayu. Walaupun terdapat begitu banyak
teori,hipotesis dan fakta-fakta yang dihujahkan selama ratusan tahun namun
topik “Melaka” tetap hangat dibincangkan malah berkekalan hingga generasi hari
ini. Mungkin akibat ia ditulis di media cetak dan elektronik menjadikan sejarah
Melaka kekal mekar sebagai sebuah entiti yang berjaya menyatupadukan seluruh
umat Melayu.
Sedar atau tidak sudah banyak
suara-suara yang mahukan sejarah Melayu itu diubah mengikut apa yang
dibentangkan didalam pelbagai makalah sejarah. Antara yang terpenting sekali
ialah apakah persenjataan kerajaan Melaka pada waktu itu selain daripada
lembing,keris dan sumpit, dimanakah kedudukan asal Istana Melaka, rupa bentuk
istana dan masjid Agung Melaka dan apakaah kota Melaka mempunyai tembok kubu.
Catatan yang paling hampir setakat pembacaan
KSM ialah bersumberkan catatan Portugis memandangkan merekalah yang telah
menjarah bumi Melaka pada tahun 1511. Namun kami yakin terdapat lagi
sumber-sumber lain selain daripada Portugis dan antara yang menjadi perhatian
kami ialah rekod-rekod kerajaan Ming (Ming Shi Lu)yang
merupakan antara kerajaan luar yang paling awal mencatatkan tentang Sejarah
kerajaan Melaka. Pada tahun –tahun berikutnya (didalam tempoh 100 tahun)
terdapat pelbagai perhubungan diantara kedua-dua negara. Antara yang direkodkan
ialah duta Ming ke Melaka, perkahwinan Puteri Hang Li Po, kedatangan Laksamana
Cheng Ho dan yang terakhir sekali ialah bantuan tongkang-tongkang Cina kepada
Portugis semasa Melaka diserang. Jika merujuk kepada segala aktiviti ini
maka secara teorinya kerajaan Ming lah yang mempunyai rekod yang terpeinci
seperti mana yang mereka catatkan apabila ke negara-negara lain. Namun sehingga
ke hari ini belum ada lagi sumber-sumber rasmi yang menyatakan keadaan
sedemikian dan sekiranya ada sekalipun hanyalah potongan-potongan ayat didalam
bahasa Mandarin yang perlu diterjemah kedalam bahasa Melayu/Inggeris.
Tujuan utama Cheng Ho datang ke Selat
Melaka ialah menghapuskan pedagang (orang tengah) dan lanun yang menguasai
Selat Melaka. Sebenarnya terdapat beberapa penulisan yang menyatakan bahawa
gerakan penghapusan orang tengah ini telah bermula dari dinasti Chou lagi dan
para pedagang ini sentiasa dicurigai oleh para Maharaja kerana mereka sering
kali terlibat didalam pemberontakan menggulikan sesebuah dinasti.
Untuk mengambilalih dan menguasai perdagangan
antarabangsa, Cheng Ho perlu menghapuskan sendiket perdagangan Cina yang
menguasai Selat Melaka dimana kebanyakkan kapal akan melaluinya. Pada
waktu ini Palembang merupakan kawasan penempatan utama bagi Cina selatan
dimana mereka ini diketuai oleh seorang
pedangang kaya bernama Chen Tsu-i. Namun sebelum
itu terdapat seorang lagi pedangang Cina yang menguasai Palembang iaitu
Liang Daoming. Menurut
kajian Prof Kong Yuanzhi setelah Majapahit menyerang Palembang Liang Daoming
mengambil peluang untuk menguasai tempat tersebut dan manjadikan Palembang
sebagai penempatan bagi imigran Cina yang singgah berdangang ataupun terus
menetap disitu. Pada tahun 1405 Kota Palembang dan Jambi jatuh ketangan
lanun-lanun ini. Setelah itu pelabuhan Palembang menjadi mundur dan tidak
berdaya saing lagi. Didalam catatan lain pula menyebut kerajaan Ming
menganggap Melaka sebagai pewaris kerajaan Palembang (Sriwijaya).
Selain daripada itu Maharaja Yung Lo telah
mengarahkan penubuhan jabatan bahasa asing untuk memudahkan hubungan di antara
tetamu asing atau para perwakilan berinteraksi dengan negeri China. Mereka
melatih kaki tangan kerajaan untuk menguasai bahasa Melaka supaya dapat
menjalankan kerja-kerja istana melalui terjemahan, dengan tidak
menimbulkan kekeliruan. Jabatan Bahasa Melaka merupakan salah satu jabatan
di antara 8 jabatan bahasa asing.
Apa yang dikongsikan disini ialah sebahagian
dari jumpaan kami dan berdasarkan kepada sebahagian maklumat diatas ternyatalah
dan sudah pastilah terdapat banyak lagi rekod-rekod yang menyatakan keadaan dan
rupa bentuk bumi Melaka sepanjang tempoh 100 tahun itu. Harapan kami
semoga minat dan keinginan untuk melakukan kajian-kajian tentang Kerajaan
Melaka ini tidak berhenti dan akan berterusan hingga generasi-generasi
mendatang. teruslah mara demi generasi masa hadapan. Bangunlah dan
binalah semuala tamadun bangsa Melayu Kita sudah berada jauh dari zaman
kegemilangan Melaka, apa yang tinggal pada kita hari ini umpama sebuah kisah
silam yang dipentaskan dengan penuh indah tanpa kita berasa untuk menangisi
sedikitpun apa yang berlaku diwaktu itu. Kita dididik dan dengan kisah-kisah
perjuangan mereka, kisah-kisah tauladan dari mereka namun dalam tidak sedar
kita amat-amatlah jauh dari semua kesempurnaan itu. Hakikatnya kita tetap
merasakan bahawa kaum Melayu ini terlalu lemah dan sentiasa diperbudakan oleh
Barat. Apakah kita tidak sedar bahawa kita sendiri takut kepada Barat?!. Bukan
mudah untuk mengubah sejarah namun langkah telah dimulakan. Maka jangan
berhenti dan teruskan melangkah!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan