Zaman Kesultanan Melayu Melaka adalah antara institusi kesultanan Melayu Melaka yang terawal di Tanah Melayu . Kewujudan kesultanan ini menandakan bermulanya satu sistem politik melayu yang dikenali sebagai Kerajaan . Sebelum Melaka , beberapa buah kerajaan Melayu telah muncul di kepulauan Melayu seperti Langkasuka , Srivijaya , Gangga Negara , Palembang dan Temasik . Namun , pengaruh kerajaan – kerajaan ini tidak dapat bertahan lama sehingga kemunculan kerajaan kesultanan Melayu Melaka .
Melaka merupakan sebuah perkampungan nelayan yang kecil dan tempat persembunyian lanun . Penduduk terdiri daripada orang laut dan orang selat yang menyara kehidupan harian dengan menangkap ikan dan berdagang secara kecil-kecilan . Melaka telah diasaskan oleh Parameswara (1400M) yang berasal dari Palembang , Sumatera.Baginda telah melarikan diri ke temasik setelah Palembang ditakluki Majapahit. Baginda terpaksa melarikan diri ke Muar kerana diusir oleh tentera Siam ,sebelum berpindah ke Melaka . Kedudukan Melaka yang strategik dari segi perdagangan menyebabkan Melaka berkembangan dan muncul sebagai pusat perdagangan yang terkemuka di kepulauan Melayu . Abad ke-15 kerajaan kesultanan Melayu Melaka menjadi sebuah kerajaan yang kuat di Asia Tenggara. Kemakmuran Melaka semkain bertambah apabila Parameswara memeluk Islam . Langkah ini menarik lebih ramai pedang Islam dari Timur Tengah untuk berdagang di Melaka . (1405M) Melaka menjalin hubungan diplomatik dengan China . Melaka terus berkembang pesat serta bebas dari ancaman dan serangan Siam .
Kedudukan Melaka yang strategik merupakan jalan perdagangan antara China dan India dan merupakan jalan yang sesuai untuk kapal berlabuh kerana perlabuahan yang dalam . Seterusnya strategik dari segi geografi Melaka terlindung daripada angin monsun . Kestabilan politik dan sistem pentadbiaran melayu yang baik , teratur menjamin keselamatan nyawa dan harta benda . Tindakan raja-raja Melaka memeluk Islam menggalakan perdagangan. Kebijaksanaan Bendahara Melaka ( Bendahara Tun Perak ,1456-1498)membolehkan Melaka meluaskan empayar. Setelah Melaka ditakluki oleh Portugis pada 1511,kerajaan Melaka tidak terus lenyap . Sebaliknya tradisi ini diwarisi oleh kerajaan kesultanan Johor lama yang berkembang selepas tahun 1520-an .Kewujudan kerajaan kesultanan Melayu Melaka dianggap penting dalam sejarah awal Malaysia kerana disinilah bermulanya institusi kesultanan yang diwarisi oleh kerajaan-kerajaan Melayu yang muncul kemudian di negeri-negeri Melayu .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan